Saturday, June 12, 2010

what make my life soooo boring (right now)

saya tak boleh keluar rumah, guess why? sebab saya dijangkiti chicken pox (budak kecil panggil chicken 'pop') biar la diorang. suka sebut macam tu, haha. haaa, tudia, chicken pox. damn it. dulu dah kena kot, ni kena lagi, ntah apa bala ntah =.= dah la dari hari isnin demam sampai rabu, taktahan sangat, baru nak pergi klinik, check check, suspek denggi. sangat sangat terbaik.

pergi la saya ke hospital tuanku jaafar, seremban, ditemani ayah. ayah kata muka dah kuning dah, pucat. *ada ke muka orang pucat warna kuning? pelik. then amik darah, nasib doctor cina tu hensem, tak terasa langsung jarum masuk tangan, tengok muka dia punya pasal. haha. tapi sumpah, saya serabai gila, rambut selak kat telinga, muka dah rupa orang tak mandi, memang takda masa nak tengok cermin time sakit. hodoh.

doktor kata, tekak saya bernanah, oh hell. padan la susah gila nak telan makanan. damn. ayah paksa juga makan, sebab nak makan ubat. selama ni kalau habiskan roti, sekejap ja. tapi kali ni, memang lama la. esoknya, amik darah lagi, nurse perempuan, haishh. pasrah jela. tak sakit mana pun. seronok tengok darah saya warna hitam merah. haha. jahat ni, darah hitam, kotor kotor.

pergi buat test kat makmal, hantar result kat doctor, dia kata, makin teruk. ya, terima kasih, makin teruk. adehh. esok nya lagi kena datang, amik darah lagi. buat test lagi. and nasib baik result nya memberangsangkan :) happy ni, tak payah nak pergi klinik menunggu giliran. demam pun dah surut dah.

ini datang pulak chicken pox. memang tak bagi saya keluar mana mana la minggu ni =.=


this is the best school holiday ever, yeahhhh, NOT!

No comments:

Post a Comment

Sneakers